Sunday 8 September 2013

TUTORIAL: CARA PEMBELIAN DARI WEBSITE

Assalamualaikum W.B.T.


“… tidak susah utk susah, tidak senang untuk senang…”


Hye kengkawan! Mula2 saya nak bterima kasih kerana sudi melawati blog saya yang hina ini. Memandangkan ramai yang bertanya kan cara utk melalukan pembelian atau purchasE.. jadi, pada post ini, saya nak membuat tutorial tentang CARA PEMBELIAN.
Jangan bimbang jangan gusar jangan resah di hati, kerana saya akan ajar satu per satu cara pembelian di laman sesawang http://affwarehouse.yoshop.my.

Langkah 1: Melihat Maklumat Produk
Anda hanya perlu klik di bahagian Shop kemudian memilih kategori produk yang dikehendaki dan kemudian klik pada “more info”.





Langkah 2: Membeli Produk
Ha, pastu anda perlu lihat ialah bilanggan stok. Kemudian anda perlu memilih saiz yang dikehendaki dan bilanggan kuantiti pembelian dan seterusnya klik “add to shopping basket







Langkah 3: Proses Pembelian
Setelah pelanggan memilih barang dan menambah ke dalam “shopping basket”, anda boleh meneruskan proses pembelian dengan mengikut langkah di bawah.



A - Anda boleh melihat jumlah produk dan kos pembelian di bahagian ini.
B - Anda perlu klik di “shopping cart” untuk meneruskan proses pembelian.
C - Anda boleh ubah jumlah kuantiti barang.
D - Anda boleh padam produk yang tidak dikehendaki.
E - Setelah selesai anda perlu klik “update cart” untuk kemaskini tempahan produk.
F - Anda boleh kembali meneruskan memilih barang.
G - Anda  perlu klik “proceed to checkout” untuk membuat pembayaran.

Langkah 4: Cara pembayaran
Biasanya di sini tempat yang susah sikit. (So guys, attention! hehe..) Terdapat 3 langkah mudah untuk pelanggan membuat pembayaran.

a - CART CONTENT



A - Anda perlu menetapkan lokasi penghantaran di bahagian “destination”.
B - Anda perlu cek kembali produk yang dibeli.
C - Anda perlu tick di bahagian “shipping” ini.
D - Pelanggan boleh padam produk yang tidak dikehendaki.
E - Kemudian barulah anda klik “select shipping”. Satu paparan untuk anda cek sebelum membuat bayaran. Klik “next” jika tiada masalah.

b - AKAUN
FUH! Penat? Harap2 tidak la kan..hehe.. Next, anda diberi pilihan samaada mahu mendaftar atau hanya membeli sebagai pelanggan biasa sahaja. Kelebihan mendaftar ialah, anda tidak perlu memasukan maklumat yang dikehendaki seperti nama dan alamat berulang kali.





Anda hanya perlu mengisi maklumat di dalam borang di atas sekali sahaja. Kemudian selepas klik “register” Anda boleh login dan terus membeli atau membuat bayaran. Jika anda tidak daftar (tetamu), anda boleh meneruskan membuat pembayaran dengan klik “Checkout as guest”. Kemudian anda perlu mengisi borang yang disediakan selengkapnya untuk melancarkan proses penghantaran nanti. Cara pembayaran boleh dilakukan melalui dua cara iaitu “internet banking” atau pun “cash deposit”. Kemudian anda hanya perlu klik “next”.

Langkah 4: Menyemak kembali tempahan
Bagi mengelak kesilapan, anda perlu memastikan semua maklumat adalah benar. Yg paling penting, ALAMAT ANDA! huhu..

Selepas memastikan semuanya maklumat adalah benar barulah pelanggan boleh klik “confirm”.


Langkah 5: Menyediakan bukti pembayaran
Perkara yang wajib dilakukan oleh anda ialah memberi bukti pembayaran kepada saya agar proses memastikan samada pembayaran sudah dibuat atau tidak berjalan dengan lancar.


Anda boleh memilih screenshoot dalam bentuk gambar (png,jpeg) atau dalam bentuk dokumen seperti PDF.

HAAA.. Kan senang sahaja! Ape lagi? Start shopping! hehe.. Sekian! See You Soon..hehe..

P/S: Credit to team Yosh.my for tutorial.

No comments:

Post a Comment